Research and culture

Posts tagged ‘KDM’

Suhakam vs Roderic

SUHAKAM PANDANG BERAT KENYATAAN RODERIC
Written by Admin
Sunday, 12 February 2012 02:29

ShareSURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandang berat dan bimbang dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez bahawa Ordinan Tanah Sabah (OTS) yang berkuat kuasa pada tahun 1930 tidak membenarkan wujudnya Hak Tanah Adat yang baru di Sabah.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata kenyataan Fernandez bahawa tidak ada peruntukan dalam OTS bagi anak negeri untuk membuat penempatan selepas 1930 dan menuntut Hak Tanah Adat adalah jelas bercanggah dengan kedudukan Hak Tanah Adat, yang merupakan hak asas Orang Asli dan Asal seperti mana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Suruhanjaya juga rasa terkejut dengan komen Peguam Negeri Sabah kerana kedudukan yang dinyatakan ini adalah sama sekali baru dan bercanggah dengan semua dasar-dasar sedia ada dan interpretasi OTS, khususnya undang-undang adat dan perspektif bumiputera.

“Pendirian itu amat membimbangkan kerana ia mungkin akan terus menambahkan kesulitan yang sedang dihadapi oleh anak negeri Sabah berhubung pemilikan tanah di bawah dasar dan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkuasa agar dapat memastikan sebarang keputusan polisi oleh kerajaan negeri, terutamanya tentang hal-hal tanah mestilah berdasarkan konsultasi yang berkesan dan bermakna serta mendapat persetujuan daripada masayarakat dan pihak lain yang berminat.  Beliau mengulas kenyataan Fernandez bahawa tiada tanah baru berstatus NCR yang akan diwujudkan memandangkan hanya tanah yang ‘masih’ diduduki oleh pribumi sebelum tarikh penguatkuasaan Ordinan Tanah Sabah (SLO) yang mendapat pengiktirafan status itu.

Hasmy berkata suruhanjaya itu juga menggesa agar penangguhan kepada sebarang polisi baru berkaitan hal-hal tanah dibuat sehingga selesai Inkuiri Nasional mengenai tanah Orang Asal dan Asli. Inkuiri itu, yang diketuai oleh Hasmy, dimulakan di Sabah pada Jun tahun lepas diikuti Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor.  Ia melibatkan beberapa penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaya bertujuan mendapatkan fakta selain melihat dari segi undang-undang, amalan dan prosedur yang melibatkan tanah Orang Asal dan Asli.

Laporan inkuiri itu, yang akan mengesyorkan penyelesaian bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, dijangka dapat disiapkan pada Julai dan akan diserah kepada Parlimen, Dewan Undangan Negeri, kerajaan Persekutuan dan negeri. (BERNAMA)

Advertisements

peguam negeri mansuhkan NCR

NCR, JANGAN SAMPAI RAKYAT TERSALAH HUKUM
Written by Admin
Sunday, 12 February 2012 02:12

ShareSaudara Pengarang,

 

SAYA sangat terkejut dengan kenyataan yang disampaikan oleh Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez berhubung peruntukan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO) sebagai ‘Tiada tanah NCR selepas 1930.”

 

Jika inilah tafsiran yang beliau berikan, maka ini secara langsung menyebabkan kesahihan keputusan mahkamah bagi mana-mana perbicaraan lampau berkaitan dengan Tanah Adat sebagai diragui. Oleh itu, saya menganggap tafsiran ini sebagai tafsiran pribadi dan bukannya tafsiran rasmi.

 

Bagaimanapun saya melihat ini sebagai satu isu sensitif dan memberikan senjata kepada pembangkang untuk menawan Sabah dan perlu ditangani segera. Di luar sana terdapat berpuluh ribu penuntut Tanah Adat. Jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana dan tiada tafsiran undang-undang yang berwibawa dibuat, saya risau akan wujud keadaan tidak terkawal.

 

Justeru itu, sebagai pemimpin yang sentiasa berdamping dengan rakyat, saya memohon agar isu berkaitan tafsiran ini dibangkitkan segera dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri. Kita tidak mahu menghukum sesiapa. Kita hanya mahukan agar kebenaran diputuskan.

 

Kita juga mahu Majlis Peguam mampu memberikan pandangan profesional dan merujukannya dengan sebarang keputusan Mahkamah sebelumnya.

 

Sebagai pemimpin yang dilantik mewakili sekitar dua ribu lebih penuntut Tanah Adat penduduk asal dari Kemabong, tafsiran ini mewujudkan rasa tidak selamat dan kecewa penduduk. Saya menerima banyak pertanyaan, pandangan, keluhan dan tidak kurang juga menerima tempias kemarahan penduduk terhadap BN.

 

Saya bersyukur, kerana Datuk Seri Maximus Ongkili prihatin dan secara terbuka memperjuangkan tuntutan Tanah Adat menerusi Parti Bersatu Sabah. Terus terang, jika itu tafsiran undang-undang (tentang Tanah Adat) itu seperti yang dikatakan oleh Peguam Besar Negeri Sabah, maka sewajarnya satu pindaan perlu dibuat bertujuan melindungi dan memelihara hak asasi orang asal yang mempunyai tuntutan tanah adat.

 

Saya dapat tahu isu berkaitan Tanah Adat ini menjadi isu pembangkang. Saya merayu agar wakil rakyat BN berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat seperti yang diterapkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi konsep 1Malaysia: ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

 

Pada pandangan saya, biar pemimpin tersalah tafsir, jangan sampai rakyat tersalah hukum. Kami sayangkan BN tetapi apa daya kami membantu jika rakyat membuat keputusan yang silap kerana marah dengan Tafsiran Peguam Negeri yang agak celupar!

 

Salam Hormat,

 

SABINI BINTI ANSUMOR

Ketua Bahagian PBS Kemabong

Rumusan tahap kemiskinan

According to a UN declaration that resulted from the World Summit on Social Development in Copenhagen in 1995, absolute poverty is “a condition characterised by severe deprivation of basic human needs, including food, safe drinking water, sanitation facilities, health, shelter, education and information. It depends not only on income but also on access to services.”[8]

David Gordon’s paper, “Indicators of Poverty & Hunger”, for the United Nations, further defines absolute poverty as the absence of any two of the following eight basic needs:[8]

Food: Body Mass Index must be above 16.
Safe drinking water: Water must not come from solely rivers and ponds, and must be available nearby (less than 15 minutes’ walk each way).
Sanitation facilities: Toilets or latrines must be accessible in or near the home.
Health: Treatment must be received for serious illnesses and pregnancy.
Shelter: Homes must have fewer than four people living in each room. Floors must not be made of dirt, mud, or clay.
Education: Everyone must attend school or otherwise learn to read.
Information: Everyone must have access to newspapers, radios, televisions, computers, or telephones at home.
Access to services: This item is undefined by Gordon, but normally is used to indicate the complete panoply of education, health, legal, social, and financial (credit) services.

Where BODY MASS INDEX =

SI units \mathrm{BMI} = \frac{\mbox{mass} \ \mbox{(kg)}}{\left( \mbox{height}(\mathrm{m})\right)^2}

For example, a person who lives in a home with a mud floor is considered severely deprived of shelter. A person who never attended school and cannot read is considered severely deprived of education. A person who has no newspaper, radio, television, or telephone is considered severely deprived of information. All people who meet any two of these conditions — for example, they live in homes with mud floors and cannot read — are considered to be living in absolute poverty.

Menurut Deklarasi PBB yang dihasilkan dari kemuncak sedunia pada pembangunan sosial di Kopenhagen pada tahun 1995, miskin tegar adalah “suatu keadaan yang dilanda dengan  kekurangan  dasar keperluan manusia, termasuk makanan, air minum yang bersih, kemudahan sanitasi, kesehatan, perlindungan, pendidikan dan informasi. Tidak bergantung sepenuhnya pada pendapatan, tetapi juga akses kepada perkhidmatan.”[8]

Dalam catatan David Gordon, pada “Indikator kemiskinan & kelaparan”, untuk Perserikatan Bangsa-bangsa, lebih lanjut mendefinisikan kemiskinan tegar sebagai ketiadaan dua daripada lapan dasar seperti berikut:[8]

  • Makanan: Body Mass Indexharus di atas 16.
  • Air minum yang dirawat:tidak seharusnya bergantung pada sumber air sungai dan kolam, dan harus tersedia berdekatan (kurang dari 15 menit berjalan setiap arah).
  • Kemudahan sanitasi: Tandas atau kamar mandi harus dapat diakses didalam atau berdekatan dengan rumah.
  • Kesehatan:Perawatan harus diterima untuk penyakit serius dan kehamilan.
  • Penampungan: Isi Rumah harus kurang dari empat orang yang tinggal di setiap kamar. Lantai harus tidak terbuat dari kotoran, lumpur, atau tanah liat.
  • Pendidikan:Semua orang harus menghadiri sekolah atau sebaliknya belajar membaca.
  • Informasi:Setiap orang harus memiliki akses ke surat kabar, radio, televisi0n, komputer, atau telefon di rumah.
  • Akses pada Perkhidmatan: akses kepada pengangkutan awan (jalanraya, bas) pendapatan kewangan (pekerjaan dengan pendapatan tidak kurang daripada US3.15 sehari/seorang untuk melepasi tahap miskin tegar, piawaian bank Dunia tahun 2010) selain daripada kemudahan pendidikan, kesehatan, perundangan, sosial, dan kebajikan am. 

Misalnya, seseorang yang tinggal didalam rumah berlantaikan tanah dianggap kehilangan tempat tinggal. Orang yang tidak pernah bersekolah dan tidak boleh membaca dianggap tidak berpendidikan. Orang yang tidak memiliki surat kabar, radio, televisi0n, atau telefon dianggap kehilangan informasi. Semua orang yang berada dalam dua keadaan contohnya tinggal dalam rumah yang berlantaikan tanah dan tidak boleh membaca -dianggap hidup dalam kemiskinan tegar.